CLICK HERE

IKAN TONGKOL MASAK SAMBAL

Ikan ekor ikan Tongkol yang sederhana besar
Bawang Besar (dihiris bulat)
Bawang merah 5-6 biji
Cili kering dalam segenggam (disiang dan direndam dalam air panas)
Sedikit belacan
Assam keping

1. Siang dan bersihkan ikan tongkol dan dipotong menjadi 3 atau 4 bahagian.
2. Masukkan ikan ke dalam periuk, taburkan garam dalam 1 sudu kecil dan letakkan 3-4 keping assam keping.
3. Letakkan di atas dapur dengan periuk tertutup dan masak di atas api yang paling kecil. (proses ini dipanggil mati air).
4. Setelah ikan masak dan tiada lagi air kelihatan, sejukkan.
5. Garam dan kunyitkan ikan tersebut lalu digoreng. Jangan terlalu garing nanti tak sedap.
6. Blenderkan cili kering, belacan dan bawang kecil.
7. Gorengkan bawang besar hingga layu dan angkat.
8. Tumiskan bahan blender hingga wangi.
9. Masukkan assam keping, garam, gula dan sedikit pak aji.
10. Masukkan ikan yang telah digoreng dan balik-balikkan.
11. Masukkan bawang besar yang digoreng layu tadi. Boleh masukkan air jika mahukan sambal yang cair.

SELAMAT MENCUBA

IKAN TONGKOL MASAK SINGGANG (TERENGGANU STYLE)

Ikan tongkol - dipotong ikut suka hati
Sedikit kunyit hidup - dihiris
Beberapa ulas bawang putih - dihiris
Beberapa ulas bawang merah - dihiris
2 /3 Asam keping dalam (secukup rasa masam)
1/2 inci Lengkuas - juga dihiris
Cili padi
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:
1. Campurkan semua sekali bahan-bahan di atas dan air secukupnya.
2. Biarkan diatas api yang sederhana sehingga mendidih dan masak secukupnya. Kalau nak manis, bubuh gula sedikit.

SELAMAT MENCUBA

IKAN TONGKOL MASAK SINGGANG

1 ekor ikan Tongkol
2 biji Bawang putih (dihiris)
3 biji Bawang kecil (dihiris)
1 inci Kunyit (di hiris)
1 inci Halia (dihiris)
1 inci Lengkuas (dihiris)
Assam Keping (ikut kemasaman yang dikehendaki)
4-5 biji Cili Padi.

1. Masukkan kesemua bahan yang dihiris, assam keping, dan ikan tongkol ke dalam periuk.
2. Masukkan air ikut banyak mana kuah yang dikehendaki.
3. Rebus kesemuanya hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit pak aji.
4. Setelah ikan masak bolehlah dtutup apinya.
5. Semasa hendak dihidang 'tenyeh'kan/patahkan cili padi ke dalam mangkuk hidangan.

Memang sedap jika dimakan dengan nasi panas dan sambal belacan.

SELAMAT MENCUBA

IKAN SIAKAP KUKUS

Bahan-bahannya
1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 cm halia
1 batang serai
1 biji tomata
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 ulas bawang putih (dititik)
5 biji cili padi (dititik)
2 biji cili merah (dimayang halus)
2 biji asam masin
1 tangkai daun sup dan 3 pelepah daun salad

Cara-caranya
1. Ikan dibersihkan dan masukkan dalam bekas kukus
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dititik bersama ikan. Kukus sehingga ikan masak.
3. Masukkan sedikit garam, serbuk perasa.
4. Sebelum dihidangkan, ia boleh dihias untuk membangkitkan selera....


SELAMAT MENCUBA

GORENG IKAN PEKASAM

1. ikan pekasam digoreng sampai masak
2. patahkan cili didalam bekas ikan pekasam
3. perahkan asam limau.

sedap dimakan masa panas2

SELAMAT MENCUBA

IKAN TENGGIRI CILI API

Ikan tengiri (atau yg. sewaktu dengannya)
Santan
Cili padi
Kunyit hidup
Asam keping
Garam & pak aji.

1. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan garam hingga lumat. Tumbuk mengunakan batu lesung lagi sedap daripada di blend.
2. Masukan santan kedalam periuk campurkan bahan yang ditumbuk tadi dan jerang diatas api sederhana.
3. Timbuk kuah tadi sampai menggelegak (kalau tak timbuk kuah tu nanti akan pecah minyak - macam berbiji-biji).
4. Kemudian masuk kan ikan, garam & aji serta asam keping.
5. Bila sudah menggelegak tutup api. Dan boleh lah di hidang kan.

Kepedasan dan quantiti bahan-bahan agak-agak sendiri. Kalau lebih ikannya lebih lah santan dan cilinya. tapi lagi pedas lagi sedap. Resepi ini memang tak menggunakan bawang, sebab masak lemak cili api tidak menggunakan bawang rasa nya lagi original.

SELAMAT MENCUBA

IKAN PARI MASAK LEMAK CILI API

bahan-bahan;
1 ekor ikan pari sederhana (atau ikan lain)
5 ulas bawang merah
3. 3 ulas bawang putih
½" kunyit hidup
sedikit halia
sedikit cekur
sehelai daun kunyit
1 btg serai - di ketuk
belacan- sebesar ibu jari
cili padi (ikut suka pedas)
sedikit gula, sedikit garam
2 keping asam gelugor
setengah mangkuk santan (setengah biji kelapa, sekali perah saja)

Cara-cara;
1. ikan di bersihkan, dipotong 4 (atau lebih kecil-terpulang) dan di bakar
2. bawang merah, bawang putih dan belacan di bakar, kemudian di tumbuk bersama cekur, kunyit halia dan cili
3. masukkan santan, serai dan bahan-bahan yang di tumbuk di dalam periok masak dengan api sederhana, kacau selalu
4. bila santan mula menggelegak, masukkan kesemua bahan yang lain juga ikan bakar tadi
5. masak dengan api kecil sehingga pecah minyak (minyak santan timbul di permukaan)
6. rasa masam, masin dan manisnya......

SELAMAT MENCUBA