CLICK HERE

AYAM LEMON MADU

Bahan2nya:
½ kilo ayam (dipotong kecil)
3 sudu besar kicap
2 sudu besar sos cili
2 biji lemon (ambil jus)
1 ½ sudu besar madu
1 sudu besar minyak sayuran
3 cm halia (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang)
½ cawan susu cair
½ kiub ayam
1 sudu besar tepung jagung
1 ¼ mentega
Garam secukup rasa
Minyak menggoreng secukupnya

Cara menyediakannya:
1) Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kicap, jus lemon, sedikit minyak sayuran serta madu, perapkan ½ jam.
2) Goreng ayam yg telah diperap tadi hingga garing. Tinggalkan sedikit minyak, tambahkan mentega. Tumiskan halia, bawang putih hingga naik baunya. Masukkan sos cili dan susu sejat. Biarkan mereneh dan masukkan garam secukup rasa.
3) Masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dengan sedikit air. Apabila agak pekat sedikit, masukkan ayam yg telah digoreng. Kacaukan agar sama rata dan kuah sebati dengan ayam. Angkat dan hidangkan

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment