CLICK HERE

RENDANG DENDENG

Bahan-bahannya
1 kilo daging
1 inci halia (blended)
1 sudu kecil jintan manis (blended)
1 sudu kecil jintan putih (blended)
1 sudu besar ketumbar (blended)
Cili kering (blended)
Kicap manis
Gula merah
Air asam jawa
bawang merah (blended)
Bawang goreng (lagi banyak lagi sedap gitu... Bawang goreng ni yang buat sendiri - yang beli dah siap goreng tu tak sesuai dan tak ngam dengan rendang ni)

1. Daging dipotong sederhana besar kemudian direbus sehingga empuk. Biarkan sejuk dan tumbuk sehingga agak hancur. Goreng (jangan terlalu garing).
2. Tumis bahan-bahan yang telah di'blend' tadi sehingga agak garing dan naik bau. Masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama dengan air rebusan daging yang lebih. Lepas tu bubuh gula merah, kicap manis, air asam jawa, garam dan ajinomoto (kalau suka).
3. Balik-balikkan sampai kering (jangan terlalu kering - basah-basah macam masak rendang biasa tu). Tutup api. Bila agak sejuk taburkan bawang goreng dan balik-balikkan dia

Selamat mencuba. Boleh dimakan bersama dengan roti putih, roti canai.

No comments:

Post a Comment