CLICK HERE

SERUNDING DAGING/AYAM/IKAN

Bahan-bahan
1kg daging, tak perlu dipotong - direbus hingga empuk, kemudian disiat halus-halus
2 biji kelapa, ambil santan pekat sahaja

Bahan-bahan kisar
15- 20 biji cili kering atau mengikut pedas yang diingini
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar ketumbar ] bahan ini
½ sudu jintan manis ] disangai dulu
½ sudu jintan putih ] hingga wangi
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara Membuatnya
1. Didihkan santan dalam kuali hingga keluar minyak muda. Masukkan bahan-bahan kisar dan terus kacau hingga wangi dan rempahnya masak.
2. Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa diikuti dengan daging yang telah disiat-siatkan tadi. Kecilkan api dan terus dikacau sampai kering.

ps:
• satu lagi cara untuk memasak serunding ialah dengan mencampurkan kesemua ramuan ke dalam santan dan dikacau sehingga kering, tetapi proses memasaknya memakan masa yang agak lama.
• untuk memudahkan proses menyiat daging ialah dengan cara mengetuk daging yang telah direbus tadi dengan menggunakan lesung hingga lembut, barulah boleh disiat-siat.

SELAMAT MENCUBA

4 comments:

  1. Tengok resepi pun dah rasa sedap. Mohon guna resepi ya..

    ReplyDelete
  2. Buat makluman anda semua, nama makanan ini yang sebenar bukanlah serunding tetapi namanya yang sebenar adalah Abon.
    Abon berasal dari jawa tengah dan jawa timur.Tetapi peliknya, masyarakat kelantan Di Malaysia menggelarkannya serunding sedangkan serunding merupakan makanan jawa yang merujuk kepada kelapa parut yang digoreng bersama bumbu khas.Kebanyakan masyarakat johor tahu membezakan yang mana satu serunding dan yang mana satu abon.
    Terdapat berbagai jenis abon seperti abon sapi, abon lele, abon ayam, dan yang lain lain.

    ReplyDelete
  3. Cuba selidik sejarah perjalanan bangsa melayu..bukan kah dikatakan wali songo pernah datang ke kelantan...itu namanya makanan sekaum sebangsa...sebelah lain akan dipanggil serunding ayam atau daging atau kelapa..kalau sebelah siam panggil serunding jugak rasanya..sebb sedara mara saya pun sebut yg sama...kira logiknya...itulah makanan serumpun bangsa kita..indon ke..jawa ke...siam ke..itu keturunan..bangsa melayu jugak...nama makanan itu sekadar sebutan mengikut tempat..
    Kalau nasi ayam datang dari Cina katanya...pernah tak kita tahu basic nasi ayam itu adalah datang dari nasi arab/beriani....nasi arab bukan datang dari arab tapi dari parsi...namanya beriyan (terlupa maksud perkataan ni)...orang arab ubah suai...bawak ke india...india plak ubah itu ini...sampai ke kita..nasik beriani...mcmana bleh sampai ke china...itulah pengembara...asas buat nasik beriani rebus ayam/daging...amek stok ayam/daging buat masak nasi...dan bahan2 lain dicampur....sama gak nasi ayam yg kita makan...

    alkisahnya leee....

    ReplyDelete
  4. Sesapa sahaja yang nak buat serunding daging ker serunding ayam ker atau juga serunding ikan ni , perkara yang paling pertama yang perlu ada adalah KESABARAN , sebabnya tempoh masa untuk memasak serunding memang agak lama sehingga berjam-jam. Tapi hasilnya memang berbaloi-baloi...

    ReplyDelete